Saturday, December 12, 2009

Peranan Rukun Islam


Rukun membawa definisi nama bagi beberapa syarat yang mesti dilakukan untuk memastikan bahawa ibadah kita sah di sisi Allah S.W.T. Pendek kata, siapa yang tidak mengerjakan perkara yang rukun bagi sesuatu ibadah maka ibadah mereka itu tidak diterima Allah S.W.T. dan segalanya hanyalah sia-sia. [ Buktinya ] hukum bagi mereka yang tertinggal Rukun Haji walaupun satu sahaja ialah tidak sah haji pada tahun tersebut. Apa yang saya lihat hari ini, manusia hari ini seolah-olah menganggap buku pafa adalah buku yang main-main, pendek kata ‘buku tu ada macam tak ada’. Tidakkah mereka lihat perkara pertama yang terdapat pada buku pafa tersebut iaitu Rukun Islam begitu juga Rukun Iman.Isu yang ingin saya ketengahkan ialah berapa ramai dari kita yang betul-betul mendalami maksud sebenar Rukun Islam.

|| Rukun Islam ||
membawa maksud garis panduan atau perkara yang perlu dipatuhi bagi seseorang untuk
mengistihar dirinya sebagai seorang islam di hadapan Allah S.W.T.

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah

2. Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam

3. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

4. Berpuasa pada bulan Ramadan

5. Mengerjakan Haji di Mekkah bagi mereka yang mampu

Persoalan disini ialah apakah yang terjadi pada mereka yang tidak melakukan Rukun Islam. Adakah mereka masih lagi beragama Islam? Tujuan saya menulis artikal ini bukanlah nak menghukum sesiapa tetapi saya cuma nak mengingatkan para pembaca sekalian. Jika para ulama sendiri sudah menetapkan bahawa Rukun Islam ada 5 perkara. Tetapi jika kita berfikir semula, jika seseorang itu meninggalkan salah satu daripada rukun tersebut walaupun hanya satu waktu solat sahaja, sudah cukup syarat untuk seseorang itu tercicir daripada diistiharkan beragama Islam di sisi Allah S.W.T.

Agama Islam agama yang sempurna. Jika mereka tidak menunaikan Haji kerana tidak mampu itu masih lagi boleh diterima Allah S.W.T kerana mereka masih lagi tidak mampu. Tetapi jika seseorang itu tidak mahu untuk mengerjakan solat sedangkan orang sakit pun mampu mengerjakan solat walaupun dalam keadaan terbaring. Pada pendapat saya, saya sendiri tidak akan mengaku seseorang itu beragama Islam jika dia sendiri tidak melakukan apa yang disuruhkan tuhannya[ Allah S.W.T ] kerana ini hanya akan memburukkan Agama Islam.Mengapa saya berkata sedemikian?

Sabda Rasulullah SAW: "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".
[Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]

Apa yang dimaksudkan dengan ‘ meruntuhkan’ diatas adalah memburukkan agama Islam di mata orang bukan Islam. Seseorang yang tidak mengerjakan solat sentiasa melakukan maksiat tetapi mereka mengaku bahawa mereka beragama Islam. Disini jelas terbukti bahawa mereka hanyalah memburukkan nama baik agama Islam. Malah, Allah S.W.T juga sudah berjanji kepada manusia, jika barang sesiapa mengerjakan solat, meraka akan sentiasa terhindar dari perbuatan maksiat.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar
(Al-Quran;al-Ankabut;45)

Kesimpulannya, jangan sesekali tertipu dengan keislaman di kad pengenalan pembaca sekalian. Jika para pembaca terdengar sesiapa yang berkata bahawa orang Islam terlibat dengan maksiat. Para pembaca wajib memperbetulkan fakta tersebut kerana yang jahat bukan orang Islam tetapi sesuatu bangsa tersebut.