Dulu aku pelik, kenapa orang Islam hari ini benar-benar susah untuk berjaya dan acap kali mendengar orang Islam ditindas. Bahkan, ada yang sanggup mengampu orang kafir untuk hidup senang. Aku terus-menerus membuat kajian sehingga pada suatu hari. Aku dimasukkan ke Institusi Maahad Tahfiz Al-Azim [IMTAZ] untuk mempelajari ilmu agama Islam selama sebulan. Aku dapati pendidikannya sungguh berbeza dari yang aku pelajari di sekolah. Pada suatu hari, aku terbaca satu hadis kursi yang menyebut tentang akhir zaman. Aku terkejut gembira kerana aku telah pun menjumpai jawapan bagi persoalan aku terdahulu. Ternyata apa yang disebutkan oleh Rasullullah S.A.W. ternyata belaku pada zaman sekarang. Hebatnya rasulullah S.A.W. beliau tahu apa yang akan jadi pada umatnya yang akan datang. Tidak hairanlah jikalau dia akan menangis apabila mengenang nasib umatnya sehingga kiamat.
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw. menjawab, ‘Bahkan kamu pada ari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’”.Seorang sahabat bertanya: ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (H.R Abu Daud)
Mengapakah orang Islam terdahulu sangat tersohor dan terkenal diseluruh dunia?? Mengikut kajian aku, masysarakat pada zaman sekarang sebenarnya telah terpesong dalam menilik kejayaan umat Islam terdahulu. Mereka hanya mengambil pelajaran dari kemenangan umat Islam dari sudut lahiriah dan duniawi tanpa menghiraukan soal rohani dan akhirat. Mengapa aku berkata sedemikian?? Aku mengambil seorang umat Islam terdahulu sebagai contoh, iaitu Salahuddin bin Ayubi.
Salahuddin Bin Ayubi seorang pemimpin tentera yang gagah dan berani berjuang. Beliau juga seorang yang bijak dalam menyusun strategi peperangan dengan tentera Salib. Beliau telah berjaya mengangkat semula martabat orang Islam. Tentera Salib yang lengkap dengan senjata canggih turut tumpas ditangan Salahuddin Ayubi. Pada mulanya,aku berasa pelik kerana rakan-rakan aku semua bangge dengan Salahuddin Ayubi disebabkan kemenangan beliau tetapi tidak pula aku. Aku teruskan mengkaji.
Mengikut kajian aku, kemenangan tentera Salahuddin bin Ayubi bukan terletak pada kekuatan tenteranya tetapi pada semangat jihad mereka. Salahuddin Ayubi bukan seorang yang meletakan kemenangan dalam peperangan sebagai kekuatan untuk berperang tetapi beliau meletakkan motto hidupnya iaitu ‘berusaha bersungguh-sungguh demi mencari keradhaan Allah S.W.T.’ yakni lebih dikenali sebagai JIHAD. Pendek kata, beliau sebenarnya teringin syahid di medan perang bukan mendapat kemenangan dalam peperangan dan beliau buat hanya untuk Allah S.W.T..Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hambaNya begitu sahaja. Disebabkan sikap Salahuddin Ayubi yang begitu khusyuk dalam mencari keredhaanNya. Allah S.W.T. telah kurniakannya kemenangan yang bertimpa-timpa kepadanya tanpa disedari.
Pada zaman sekarang, umat islam sibuk menghias kemewahan hidup di dunia tanpa menghiraukan soal akhirat. Mereka berpendapat bahawa setelah selesai mendapat keselesaan dunia barulah mereka bersedia mencari kemewahan akhirat. Tetapi kemewahan dunia tidak pernah mencukupi kerana itulah nafsu. Ingin aku kosingkan suatu perkara, umat islam dahulu percaya jikalau kita berusaha mencari akhirat maka dunia akan mengejar kita tetapi jikalau kita mengejar dunia maka dunia akan lari. Slogan ini yang membuatkan mereka tidak lagi risau akan hidup mereka di dunia dan mereka hanya perlu fokus untuk akhirat sahaja.
Tambahan pula, umat Islam pada hari ini melakukan sesuatu bukan kerana Allah S.W.T. Aku menemubual seorang dari rakanku. Soalannya lebih kurang macam ini, “ ko belajar sebab ape??? ”. Dia menjawab, “ sebab aku nak berjaye ”. Pada mulanya, aku tidaklah menitikberatkan apa jawapannya,tetapi setelah aku kaji semula. Aku merasakan ada yang tidak kene pada jawapannya tetapi aku tidak tahu apakah ia. Aku bertanya soalan yang sama kepada diri aku. Aku kata, “ aku pon nak berjaya jugak tp boleh ke???”.Aku ini jenis orang yang tidak yakin pada diri sendiri. Disebabkan aku takutkan kecewa apabila gagal, aku pon berkata, “Ya Allah, aku belajar sebab Engkau yang suroh”. Alhamdulillah!!! Kejayaan datang dengan senang kepada aku dan begitu juga semua pekerjaan yang aku lakukan.
Maka benarlah hadis ini.
“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)