CouPle 'membina masjid haram'
Ceritanya bermula macam nie…Dulu aku pernah interview beberapa classmate aku. Soalan yang aku ajukan tu lebih kurang berbunyi macam ini “Korang couple sebenarnye untuk ape?”. Peliknya jawapan yang mereka beri ialah “x tau, saje-saje, suke-suke” dan ada yang geleng kepala. Aku pun terkejut dan mengajukan soalan kedua yang berbunyi “Habis kenapa korang couple”. Mereka hanya terdiam saja. Daripada hasil interview aku, aku dapati majoriti jawapan yang diberi ialah “x tau” dan ada seorang member aku kata sebab nafsu. Nafsu???. Setelah lebih kurang setahun kemudian barulah aku dapat jawapan daripada soalan yang diajukan aku dulu. Sebenarnya couple hanyalah status untuk mendapat layanan yang baik atau istimewa daripada pasangan masing-masing.
Pada pendapat aku pula, couple adalah sebahagian daripada pilih kasih. Hal ini demikian kerana seseorang yang sedang bercouple akan menghabiskan masa dengan pasangannya dan lupa akan kawan sendiri. Seseorang itu juga perlu menjaga hubungannya dengan perempuan atau lelaki lain supaya tidak menimbulkan perasaan cemburu pada pasangannya. Seseorang itu akan lebih mementingkan pasangannya yang belum tentu benar-benar suka padanya. Tambahan lagi, dapat pasangan yang kuat cemburu dan sangat cerewet memang susah. Bukankah itu menyusahkan diri sendiri. Disamping itu,seseorang itu terpaksa menipu untuk menjaga hati pasangannya[menipu lagi].
Aku berani bangkang 100% sesiapa yang berani kata bahawa pasangannya setia kepadanya sepanjang masa. Hal ini demikian kerana jikalau orang yang sudah berkeluarga atau sudah bernikah dan terikat dengan tali ikatan perkahwinan pun boleh b¬ercerai. Ini apatah lagi couple,tanpa sebarang ikatan. Status couple sebenarnya hanya berdiri atas janji manis atau kepercayaan akan kata-kata manis orang yang belum tentu menjadi kenyataan. Tunggu masa, janji dibatalkan, harapan hancur musnah, hati resah gelisah, air mata berlinangan [standard perjanjian syaitan]. Sesungguhnya kita tidak dapat menjangka apa yang akan kita lakukan pada masa yang akan datang.
Renung semula, setuju atau tidak. Jika aku akan mengatakan bahawa orang yang bercouple sebenarnya tidak mengenali dan tidak mempercayai pasangannya. Hal ini demikian kerana jika seseorang itu tidak couple dengan orang yang dia suka. Sudah tentu dia akan berasa takut orang itu couple dengan orang lain. Jika saling mempercayai, sudah tentu mereka tidak akan menggelabah untuk couple kerana mereka yakin dengan hubungan antara mereka dan akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.
Setelah aku mendapat pendapat dari seorang guru disiplin. Beliau telah mengatakan bahawa setiap kali beliau menyoal pasangan bercouple yang terkantoi, mereka sering tidak mengaku. Tambahnya lagi, beliau mengata pasangan ini sering memberi ayat-ayat cover contoh:-
Cikgu : Kenape korang bercouple??
Pasangan : Kitorang mane ade couple cikgu, kitorang kawan je…
Apa yang menjadi persoalan dalam diri aku..Mengapa mereka hendak menyembunyikan perkara yang sebenar?? Adakah mereka malu, segan, x berani or what. Pepatah ada mengatakan berani kerana benar, takut kerana salah. Agama Islam mengajar kita supaya apabila berkahwin disunatkan mengadakan kenduri-kendara. Tujuannya adalah untuk mencegah daripada difitnah. Tetapi,apa yang aku lihat aktiviti couple ini bercanggah sama sekali. Pasangan lebih suka bercouple secara diam-diam dan tanpa pengetahuan sesiapa. Disini jelas terbukti bahawa aktiviti bercouple sebenarnya salah dan amalan ini boleh membawa remaja terjerumus dalam lembah zina.
Aku tak nafikan, setiap orang suka bercouple termasuklah aku.Hal demikian kerana mengikut kajian aku. Manusia sememangnya makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain.Tetapi, jika dibandingkan di antara manusia dengan manusia iaitu lelaki dengan perempuan. Sebenarnya, masing-masing ada kekurangannya dan ada kelebihannya. Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. Tujuan Allah s.w.t. mencipta Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. adalah untuk supaya mereka saling memerlukan. Pada asal penciptaan Nabi Adam a.s.,Baginda dicipta sempurna [100% complete]dari sudut fizikalnya.Tetapi Allah s.w.t. telah mengambil semula tulang rusuk kirinya untuk dijadikan Hawa. Di sini kita dapat perhatikan Nabi Adam a.s. sudah tidak sempurna kerana tulang rusuk kirinya sudah tiada dan tubuhnya mengalami 97% sempurna disebabkan 3% telah dijadikan Hawa. Allah s.w.t. menjadikan Hawa dengan tulang rusuk Nabi Adam a.s.[3%] supaya Hawa menjadi pelengkap kepada Nabi Adam a.s. dan Nabi Adam a.s. menjadi pelengkap kepada Hawa. Mengapa Allah s.w.t. berbuat demikian? Allah s.w.t berbuat demikian supaya manusia lelaki dan perempuan perlu bergabung menjadi satu makhluk yang sempurna. Jadi aqu tak pelik la kalau lelaki suka kat perempuan, perempuan suka kat lelaki itu LumraH AlaM. Tetapi biarlah apa yang kita lakukan itu diredhai Allah S.W.T.
Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa couple itu haram dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Pada pendapat aku, couple tidak akan menjadi haram sekiranya pasangan tersebut tahu dan mematuhi hukum-hakam Allah S.W.T. Tetapi, kita sering diperingatkan supaya tidak bercouple. Hal ini demikian kerana apabila lelaki bertemu dengan perempuan. Maka akan terwujudnya perasaan minat/suka/sayang sambil didatangi pihak ketiga[Syaitan Laknattullah]. Syaitan akan mencuba seribu satu cara untuk menjatuhkan kita ke lembah zina. Tidak hari ini, mungkin esok atau lusa. Apa yang ingin aku ingatkan sekarang ialah sejauhmanakah kita dapat mengelakkan diri daripada terjatuh. Semuanya bergantung kepada iman kita.
Janganlah kita terlalu yakin akan kita mempunyai iman yang kental dan dapat mengalahkan
syaitan dan iblis. Aku berkata sedemikian kerana jika kita mengimbau sejarah lalu tentang Nabi Allah Adam A.S. Ketika baginda di syurga, baginda dilarang memakan buah khuldi. Namun, disebabkan hasutan syaitan, baginda memakan buah tersebut. Atas balasannya, baginda dicampakkan ke bumi. Mesej yang ingin aku sampaikan ialah jika seseorang manusia yang berpangkat nabi mampu termakan hasutan syaitan. Ini apatah lagi kita hanyalah manusia biasa dan tidak berpangkat disisi Allah S.W.T.. Jika suadara saudari sudah sedar, maka wajiblah kita menjauhkan diri daripada perbuatan tersebut. Ingatlah bahawa ramai rakan sebaya kita yang tergelincir di situ.
Aku percaya ramai dari golongan remaja yang telah tahu bahawa couple itu hukumnya haram. Tetapi masih ramai lagi dari mereka yang amalkan budaya ini. Mengapa?? Pokok pangkalnya disebabkan hati kita yang terlalu mengikut kehendak nafsu.Firman Allah yang bermaksud
Apakah engkau tahu tentang orang yang "mempertuhan" hawa nafsunya? Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya Tuhan sudah mengetahui, bahwa orang itu meskipun diberi keterangan apapun, namun mereka tidak juga akan beriman, sedangkan Dia telah mengunci erat pendengaran dan hatinya, serta menutup penglihatannya. Siapakah yang dapat menunjukinya, kalau Allah sudah membiarkannya sesat? Apakah kamu tidak dapat mengambil pelajaran dari padanya? Al-Jatsiyah:23
Apakah maksud nafsu sebenarnya??Nafsu sebenarnya membawa maksud setiap kemahuan, keinginan, kehendak hati yang membawa kemudaratan[kesannya] dan bertentangan dengan agama Islam. Mengapa Allah S.W.T membekalkan nafsu di dalam diri manusia?? Allah S.W.T. mencipta manusia berbekalkan nafsu adalah untuk menguji sejauhmana ketaqwaan manusia kepadaNya. Allah Maha Bijaksana tidak akan mengadakan dan menghilangkan sesuatu tanpa sebab.
Sebenarnya, apa yang membuatkan kita dahaga dimanjakan adalah disebabkan kita terlalu dimanjakan ketika kita di peringkat kanak-kanak.Tetapi apabila usia meningkat matang, sudah tentu kita tidak bermanja dengan ibu bapa kerana nanti apa pula kata orang. Dari sinilah kita mula memilih orang luar untuk bersama kita. Terutamanya, ketika kita remaja kerana kita baru matang dan baru berdepan dengan perasaan suka/minat/sayang…Sebab itu la, wujudnya pepatah “sayang anak tangan-tangankan”. Pepatah ini sebenarnya mengajar kita jikalau sayangkan anak jangan terlalu dimanjakan kerana akan membawa kesan yang agak buruk. X hairanlah jika dahulu anak-anak senantiasa akur dengan permintaan ibu bapa dan pasangan mereka dipilih oleh ibu bapa kerana mereka tidak pernah dimanjakan.
Bagi mengakhiri bicara ini, wajiblah kita sentiasa adil dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Bak kata pepatah, yang tua dihormati yang muda di sayangi dan janganlah kita berpilih kasih atau kuat cemburu. Pengajaran kedua, janganlah kita terlalu mengharap apa-apa yang belum pasti kita akan dapat kerana ia hanya akan mematahkan semangat kita. Pengajaran ketiga, janganlah kita mudah percaya akan sesiapa kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Yang perlu kita percayakan ialah:-
a. Tuhan kita
b. Nabi dan Rasul kita
c. Agama kita
d. Ibu bapa kita
e. Diri kita
f. Keluarga kita [tertib]
Bagi mengakhiri bicara ini, wajiblah kita sentiasa adil dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Bak kata pepatah, yang tua dihormati yang muda di sayangi dan janganlah kita berpilih kasih atau kuat cemburu. Pengajaran kedua, janganlah kita terlalu mengharap apa-apa yang belum pasti kita akan dapat kerana ia hanya akan mematahkan semangat kita. Pengajaran ketiga, janganlah kita mudah percaya akan sesiapa kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Yang perlu kita percayakan ialah:-
a. Tuhan kita
b. Nabi dan Rasul kita
c. Agama kita
d. Ibu bapa kita
e. Diri kita
f. Keluarga kita [tertib]
Fikir-fikirkanlah….
“ Di mana letaknya akalmu yang dianugerahkan”
Saya sajikan sebuah pantun.
Saya sajikan sebuah pantun.
Dunia umpama pentas drama,
Diri dihiasi dengan dosa,
Syaitan jin gelak kertawa,
Manusia pekak bisu buta katanya.
Diri dihiasi dengan dosa,
Syaitan jin gelak kertawa,
Manusia pekak bisu buta katanya.
Wabilahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum
Ilham Muhammad Hakim Bin Muhiddin
Ilham Muhammad Hakim Bin Muhiddin