Muhammad Hakim Bin Muhiddin Bin Ibrahim Bin Musa
Aku dilahirkan seorang manusia yang hina tetapi semua yang berlaku selama hidupku menjadikan aku sedemikian rupa. Pada umur 7 tahun aku dimasukkan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Setapak [tak masuk tadika]. Aku seorang kanak-kanak yang pengecut dan penakut kalau kamu nak tahu. Buktinya, aku dibuli oleh budak cina di sekolah itu perkara biasa. Malahan, pada masa itu aku rasa macam dengan adik aqu pon aku kena buli. Aku seorang yang bodoh. Buktinya, aku tak penah siapkan kerja sekolah, biarlah subjek apa sekali pun. Semua buku aku kena ‘chop[ LENGKAPKAN KERJA RUMAH ]’. Jikalau buku aku tidak dichop oleh guru aku, aku boleh bagi adik aku gunakan kerana buku itu memang macam baru. Markah paling tinggi yang aku dapat bagi subjek keseluruhan hanya 30%. Perkara yang paling bodoh aku penah buat di rumah ialah aku telah membakar sudu sehingga jadi merah. Kemudian, dengan senang hati aku telah letakkan pada belakang leher adik aku. Tujuan aqu bukan untuk balas dendam atau apa pun, tetapi ia berlaku dengan spontan. Kasihan adik aku[Adik, Boy mintak maaf]. Sejak itu, aku digelar ‘professor gila’ dalam keluarga aku.
Semua orang hilang kepercayaan terhadap aku. Mereka asyik sibuk dengan hal masing-masing tanpa mempedulikan aku dan mereka hanya tahu marah aku bila aku buat silap. Tetapi mereka tidak pernah mengajar aku bagaimana untuk membuat perkara yang betul. Sehinggakan aku sudah tidak tahu apa,siapa yang hendak aku jadikan sebagai teman dan pembimbing untuk tempuhi dunia aku ini selagi aku masih hidup. Perbuatan mereka membuatkan aku benci sangat sangat kepada manusia. Sejak itu, aku mula mencari tuhan dengan usaha aku sendiri. Siapakah tuhan aku yang sebenar???Wujudkah Dia??? Itu bukanlah menjadi persoalan dalam jiwaku kerana perasaaan benci terhadap seluruh manusia sekalian alam yang telah membuku dihati. Aku terus mencari kewujudan tuhan aku. Aku menangis sambil berbisik dihatiqu,
“ Ya tuhanku, berilah pertolonganMu kerana hanya engkau sahajalah yang mendengar bisikan hatiku. Apakah mustahil bagiMu yang menciptakan aku tidak tahu isi hatiqu. Kebencian dihatiku terhadap manusia semakin hari semakin menebal. Berilah aku ubatMu kerana aku bersumpah sampai mati aku tidak akan bergantung pada manusia lagi. Tolonglah Ya Tuhanku. Aku sujud memohon pertolonganMu, Ya Tuhanku.”
Aku terus mengulang ayat yang sama sehinggalah aqu puas menangis. Sehinggakan pada suatu saat aku pernah mengatakan,
“ Sekiranya, orang mengatakan bahawa tiada tuhan didunia ini. Maka aqu katakan biarlah aqu gila mencari Zat yang tiada dan terus bergantung kepada Zat yang tiada itu asalkan aqu tidak akan ada kaitan dengan manusia, sememangnya aqu benci manusia.”
Aqu terus mencari kebenaran dalam kepercayaan aqu yakni Islam tanpa mempedulikan apa akan kata manusia lagi. Biarpun aqu tidak tahu sama ada Islam benar-benar agama tuhan yang mendengar isi hatiqu.
Pada umur aqu 13 tahun, aqu mula bersolat. Walaupun pada masa itu aqu tidak ikhlas langsung untuk bersolat akan tetapi, apabila aqu memikirkan tanggungjawab aqu sebagai seorang manusia yang mengaku beragama Islam dan selagi aqu mengaku bahawa Allah SWT adalah tuhan aqu, aqu akan solat. Alhamdulillah!!! Ketenangan mula datang masuk ke dalam jiwaqu tanpa aqu sedari. Ia membuatkan aqu berminat untuk mencari lagi tentang agama aqu anuti. Bapaqu berpesan kepada aqu, hidup ini bukanlah senang seperti yang kamu sangkakan. Aqu hanya tersenyum kerana aqu sudah pun merasakan hakikatnya kata-kata bapaqu itu. Bapa berkata lagi, “Jikalau kamu ingin benar-benar selamat diatas dunia ini, maka peganglah amanah abah ini. [SZS]Solat,Zikir, Selawat jangan tinggal amalkan setiap hari sampai mati dan bersabarlah atas apa yang akan terjadi pada dirimu. Yakinlah,sesungguhnya Allah sentiasa menemanimu”.
Dalam tidak sedar, aqu telah berumur 17 tahun. Aqu menilai diriqu semula,terbukti aqu dah banyak berubah menjadi seorang yang bertuah daripada aqu yang dahulu seorang yang dihina. Hakim penakut??? Sini kalau berani, jangan bagi sampai naik semangat perang aqu. Kalau berani,datang mengaku musuh depan biji mata aqu. Memang aqu sumpah tiada maaf bagimu. Aqu tidak lagi rasakan hina diri aqu apabila aqu berjuang sampai mati biarpun kalah. Hanya Allah SWT teman aqu sampai mati dan sebab itulah sekarang aqu hakim lebih lantang bersuara dengan idea-idea yang bernas selagi aqu berkata. Akan berdiam diri sambil berfikir apabila dibincangkan soalan yang tiada kaitan dengan aqu, seperti cerita pasal makwe dan pakwe,balak dan tauke balak. Hakim bodoh???Hah..aqu dah tidak peduli apa orang nak kata..
UPSR -> 1A daripada 7 subjek
PMR -> 4A daripada 8 subjek
SPM -> 8A daripada 10 subjek
BONGKAK??? Whatever, hati aqu hanya Allah yang tahu. Aqu bangga dengan usaha aqu sambil bertawakal kepada Allah SWT. Professor Gila???Hah….tidak lagi...Sekarang aqu telah menjadi professor yang cerdik lagi bijaksana seiring dengan namaqu
MUHAMMAD HAKIM bermaksud YANG TERPUJI BIJAKSANA
Aqu hari ini diberi anugerah oleh Allah SWT YANG LAGI MAHA MAHA MAHA BIJAKSANA untuk mengkaji hidup manusia[ciptaan yang aqu benci dahulu], tindak-tandok manusia, kebodohan manusia, dan mengetahui di mana letaknya segala hikmah pada sesuatu kejadian. Sekali lagi aqu menangis dalam nada kesyukuran dan berbisik dihatiqu,
“Ya Allah Ya Tuhanqu, penganugerahanMu tidak pernah terlintas difikiranqu, sememangnya terbuktilah bahawa Engkau yang sangat sangat sangat bijak. Namun aqu bukanlah seperti wali-waliMu yang kerap beribadat kepadaMu untuk membayar segala pemberianMu kepada aqu. Dan lagi aqu sentiasa melanggar laranganMu sedangkan aqu sedar bahawa aqu bertindak sedemikian. Ya Allah, aqu sedar aqu sendiri tidak mampu mengawal nafsuqu kerana itulah aqu perlukan Engkau. Akan tetapi Engkau tetap membimbing aqu ke jalanMu. Sungguh mulia sifatMu. Aqu rela menjadi hambaMu.”
Akhir kata, hidup ini memang adil. Umpama roda,sekali di bawah akan naik ke atas dan yang sekali di atas akan turun ke bawah dan begitulah seterusnya. Tetapi manusia sangka sekali mereka di atas, maka mereka sangke selamanya mereka akan di atas. Apabila mereka di atas mereka lupa asal usul mereka. Dan kebanyakkan manusia hanya hendak yang manis dan katakana tidak kepada yang pahit sedangkan yang pahit itu ubat yang manis itu penyakit.
No comments:
Post a Comment